Friday, 7 June 2019

MSG 3023 STUDIO GRAFIK BERKOMPUTER

MSG 3023 STUDIO GRAFIK BERKOMPUTER



KELAS MINGGU KE 2
"Pengenalan Kelas" 



 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 

Pada minggu ini, sepatutnya saya berada di dalam kelas. Tapi memandangkan tiket flight ke UPSI sy beli pada minggu kedua jatuh pada hari jumaat, so sy terlepas untuk kelas Dr Wani. Seperti biasa inilah msalah-masalah yang di alami bagi pelajar-pelajar sabah. kalau bukan tiket flight mahal, mesti nak spend lebih masa dengan family. Ermm... 

Dipendekkan cerita, saya sempat bertanya kawan-kawan tentang hari kejadian (minggu ke2) tentang apa yang berlaku. Diorang cakaplah, Dr terangkan beberapa proforma bagi subjek ini dan waktu jam kredit kepada pelajar. So, mudahlah pelajar nanti untuk susun masa belajar. Dr juga ada terangkan cara pemarkahan dan tugasan yang akan disampaikan. Ada trip juga tau.. yang tu nanti saya ceritakn.




KELAS MINGGU 3
"Poster"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 

Ok Next.... pada minggu ini, kami belajar cara-cara untuk mghasilkan POSTER..... Ada pelbagai tools yang saya gunakan. Dan yang bestnya, template poster telah disediakan ole Dr Wani.. Kami cuma menambah layer dan juga filter agar poster lebih menarik.



Hasil poster yang bolehlah. Alhamdulillah


untuk mendapatkan kesan smoke mudah je.. smua hujung jari.. boleh muat turun kat google. Untuk kesan api tu, pun boleh cari kat google. taip je flame transparent. 

Membuat poster ini tidaklah sesukar yang disangka, yang penting tahu syaratnya. antara syaratnya ialah

  • menggunakan bahasa yang mudah difahami
  • susunan singkat, pada, dan isinya juga jelas
  • ada gabungan gambar
  • menarik minat orang
  • penggunaan bahan yang tidak mudah rosak
  • sesuai dengan tempat pemasangan
  • perkataan yang efektif
  • font yang mudah difahami dan kesesuaian saiz


Poster Iklan 1

Poster iklan yang saya hasilkan.. Tapi size tak kena dan gambar pecah-pecah


Poster Iklan 2

Poster akhirnya di terima. size yang betul.



KELAS MINGGU 4
"Iced Effect & Watercolour"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 

Iced Effect

Ini adalah hasil yang saya buat. Walaupun ada sedikit pelik di mata kasar saya, tapi saya bangga. saya menghasilkan ia sebagai gambaran suasana sejuk. yalah, takkanlah tulisan 'frozen' tapi kesan sekeliling suasana api. 

saya gunakan layer Effect - Adjustment Bevel & Emboss serta Drop Shadow. see, mudahkan? hanya tahu explore dan setting sahaja.

Waterclour Efftect

Apa yang anda nampak dari tulisan ini? apakah tujuan perkataan dan warna yang di aplikasikan pada latar belakang kertas?

yaaa... keharmonian..keharmonian pada poster.. proses dan langkah tidak jauh beza dengan kesan ais yang sy buat sebelum ini.



KELAS MINGGU 5
"Flat Design"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 

Pada minggu ini, kami sekelas belajar  tentang flat design. Tema yang saya pilih adalah musim salji memandangkan di turkey pada masa ini adalah musim salji. Tetiba.. hahahaa... so di bawah ini, saya sediakan hasil kerja saya yang sangat membanggakan saya. huahuahua.. saya pilih musim salji sebab itu adalah mengikut kehendak sendiri. Kreativiti pun ikut kreatviti masing-masing.

Tugasan yang menggunakan software Adobe Ilustrator



Starting


Finishing

Saya buat lain dari yang di tunjuk ajar mengikut citarasa saya. heheheee... boleh ke mcm tu? harap-haraplah Dr Wani terima la ye.. :) :P




KELAS MINGGU 6
"HEHEHE, Hari Kebahagiaan"


NO CLASS.. YAHOOO



KELAS MINGGU 7
"Arabesque Pattern 1st Version"
-with Dr Wan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 

Pada masa ini kami mempelajari beberapa perkara tentang arabes pattern. Untuk memulakan geometri islamik adalah bermula dari bentuk bulatan yang comel. nanti saya akan bawa korang pergi ke alam lain, cara-cara untuk membuat corak arabes. Sila kunjungi dengan menekan butang KLIK ME.. :)

Untuk melakar arabes bukan sesuatu yang sukar dan juga mudah. yang penting sekali anda memahami cara menggunakan tools pada adobe ilustrator. 



Ini antara motif arabes. ada banyak lagi sebenarnya. cantik tak? :)


KELAS MINGGU 8
"Arabes On Adobe Ilustartor 2nd Version"
-with Dr Wan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 


Seterusnya sesi pmbeljran pd hri ini di tersukn dgn topik pmbelajarn yg baru mngenai bagaiman untuk mghasilkan motif Arabes.. wuuu sound like woww.. Kalau selalu Dr Wani yang akan mngajar kami. Tapi kali ni Dr Wan. Nama pun lebih kurng, buang I jee.. nama penuh adalah Dr Ridzuan. Dr Ridzuan mngjar kmi dgn mggunkan Adobe Ilustrator. Penerangan Dr Wan tentang segi ini ada pelbagai. segi 4, segi 6 dan segi 12. Dari segi-segi inilah kita boleh buat motif dan corak Arabes. Pada minggu sebelum ini, saya masukkan link youtube cara-cara membuat pattern arabesque.

Dan minggu ini, Dr Wan mengajar kami secara lansung di dalam kelas. so ceritanya, saya pun buat je la di dalam kelas. Dan saya siap pada masa itu juga.

Pensyarah meminta kami utk menggmbar corak arabes berdasarkan buku yang mempunyai pelbagai corak Arabes iaitu buku Islamic Geometric Pattern oleh Issam El-Said.

Hasil yang saya siapkan.


Warna agak berbeza sedikit. 



Saiz untuk corak ini adalah A2. sy dapati bahawa, kebaikan corak arabes ini ada banyak sekali. boleh buat kulit buku, dan sebgainya. okay... Di bawah ini adalah hasil tugasan saya. saya buat 2 jenis Arabes. ntah lah, kenapa dua? sebab sy minat. sebab bagi fikiran kita lebih terbuka, kita rasa rilex.. memang kerja banyk tapi Alhamdulillah saya enjoy buat kerja ni.

Arabes yang ke 2

Hasilnya..



KELAS MINGGU 9 
"After Effect I"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 


Kali ini saya belajar proses untuk menggerakkan imej pada flat design saya dengan menggunakan Adobe Ilustrator. Tapi kesuntukn masa. so di bawah ini merupakan hasil yang saya buat. Serious.. masa yang diberi sebenarnya tidak mencukupi untuk menghasilkan satu design apa lagi kelasnya tersangat best.. :)



Proses Flat design with adobe ilustrator



KELAS MINGGU 10 
"After Effect II"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 


Proses animasi menggunakan Adobe After Effect versi yang kedua. Memandangkan pada minggu lalu kekurangan masa. So hari ini kami sambung masa yang tidak mencukupi. Tapi sebelum kelas saya sudah siap. hehe.. di bawah ini saya mengambil gambar kereta dari google. And then import sebagai footage. Dua buah kereta di bawah ini bergerak dengan jayanya. :P


Proses animasi menggunakan Adobe After Effect



KELAS MINGGU 11
"Final Project"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 

Saya dan ahli group yang lain masing-masing membuat keputusan untuk pilih nama kedai dan juga logo. dan akhirnya kami decide untuk memilih..... Beathy's Midwest Kitchen. kami rebrandring produk orang lain untuk diubah suai menjadi produk kami. Setiap mingu juga, Dr Wani akan membuat pemantauan setiap kumpulan ataupun individu. Dan minggu ini, Dr Wani membuat pemantauan untuk ahli kumpulan bagi penambahbaikan tugas. Bukan penambahan ye.. hehehe


Logo

Mascot

Pada mulanya saya buat tanpa mata sebab nampak seram. hahaa.. Tapi group kumpulan saya letak mata. 


Poster



KELAS MINGGU 12
"Last Assignment Project"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 


Story Board 1



Strory Board 2


Stroy Board 3

Part ini tak sempat untuk di gerakkan. Sebab kesuntukan masa :( . So saya jadikan ia sebagai kenangan. masa design ini, saya hanya menyiapkan ia selama 5 jam. dalam masa 2 hari. saya tak buat 5 jam dalam 1 shot. Idea saya ambil dari google. Spanjang buat ni saya tak perlu bersabar. Sebab saya tersangatlah enjoy. :P



KELAS MINGGU 13
"Presentation"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 

Dan akhirnya, masukklah zaman untuk membentang setelah sekian lama kami berada d zaman perbincangan bersama ahli group sendri. Terima kasih kepada rakan seperjuangan. 
Terima kasih kepada guru tercinta kami, yang spoting lagi baik hati Dr Wani. Sepanjang 14 minggu bersama-sama Dr, tidak pernah stress dengan kerja yang Dr bagi. Betullah orang cakap, even banyak kerja pun, kalau pensyarah dan pelajar pandai menjaga hubungan baik, pelajar tidak akan stress untuk buat kerja walau banyak komitmen lain. 

Saya cerita sikit tentang studio lanjutan grafik ini. Kerja agak mencabar. tapi yang bestnya, kerja akan siap secara langsung dalam kelas. terpulang pada pelajar tu lah, cepat atau lambat dalam menyiapkan kerja pada masa kelas. Kalau macam saya, memang tidak akan siap masa kelas, sebab saya kena banyak meneliti dan mencari ilmu-ilmu tambahan melalui tutorial di youtube. Kelas cuma platform untuk saya mngorek lubang ilmu. Selebihnya atas usaha sendiri bagaimana untuk mencari ilmu tersebut. 

Pada awalnya, saya tidak tahu penggunaan AI, dari sem 5 lagi Dr sebut-sebut Ai Ai Ai.. sebab tertanya-tanya dan tak tahu tu yang buat saya untuk mengambil bidang kursus ini. Dan akhirnya, Alhamdulillah. Saya boleh menggunakan Ai dan juga Ae. Semuanya ada penggerak dan asbab. 
Terima kasih Dr. terima kasih Allah atas kurniaan ilmu dan pensyarah yang baik hati. :)

Dbawah ini saya sertakan kenangan dan gambar bersama-sama rakan seperjuangan saya. 
;)


Ketika membentang. :P


Rakan sekelas saya.


Team saya yang sama-sama menghidupkan dan menggerakkan kumpulan dengan jayanya.




RELEASE TENSION
"Trip ke Hatyaii"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ 

Pada cuti midesm yang lalu, kami telah membuat trip ke Hatyai bersama rakan-rakan lanjutan grafik. Dan pensyarah mengarahkan kami untuk menangkap gambar menggunakan teknik fotografi. Gambar ini di ambil menggunkan teknik fotografi.


Guna phone biasa sja..


Tembikar yang isinya ada air kelapa. Floating market


Gambar-gambar dibawah merupakan gambar trip kami ke hatyai.

Chang Puak Camp








Terima kasih Dr atas perjuangan Dr bersama kami selama ini. saya mengucapkan selamat maaf zahir dan batin. mintaa maaf sebab lambat hantar link blog. untuk pengetahuan Dr, saya baru ja sampai sabah kemarin. Sebab tu saya lambat upload dan ada sedikit penambabaikan dalam blog saya. semoga Dr happy bersama suami dan keluarga tersayang. sentiasa sihat dn di murahkan rezeki. Doakan kesihatan saya Dr.. :) ;)


MSG 3023 STUDIO GRAFIK BERKOMPUTER

MSG 3023 STUDIO GRAFIK BERKOMPUTER KELAS MINGGU KE 2 "Pengenalan Kelas"    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ  ...