KELAS MINGGU KE 2
"Integrating Technology In Art Class"
18.09.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t
Hari
ini adalah hari pertama kelas bermula. Pada hari tersebut saya masih berada di
Sabah. maklumlah tiket mahal. So terpaksalah balik pada minggu yang murah
tiket. hehe... Saya tebalkan muka juga untuk tanya kengkawan yang boleh
dihubung dengan mudah. Thanks Diana for ur kindly heart. Thanks for guiding
me..
So..
pensyarah ada inform dalam myGuru menti.com berkaitan dengan apa itu seni dan
teknologi. Saya tak faham apa itu menti.com, so saya pun tanyalah abang manis yang
bernama google. Oleh yang demikian, pencarian jodoh dalam google tersebut
sedikit sebanyak membantu saya dalam memahami lebih dalam lagi mengenai apa itu
seni dan teknologi pada masa kini. Dalam fikiran, confirm blur. Memang puuunnn..
mulut ternganga lalat masuk hingap mulut.
____________________________________
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 3
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 3
"Integrating Technology In Art Class - Activity menghasilkan
Powtoon"
25.09.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t 😊
Bertemu kita dicoretan
yang akan di warnai dengan kehidupan hura-hara assignment yang bakal
dinanti-nantikan. In shaa Allah akan dipermudahkan.
Dan pada hari ini sesi
pembelajaran di teruskan dengan penghasilan Powtoon. Ketika sesi pembelajaran
bermula, kami telah diberi arahan untuk mengeksplorasi isi-isi kandungan yang
terdapat pada Powtoon. Selepas itu, kami telah dipandu oleh
pensyarah dalam menghasilkan Powtoon. Oleh itu, aktiviti pertama kami pada hari
tersebut adalah menghasilkan Powtoon tentang ‘Introduce Myself’. Dengan
bimbingan dari seorang pensyarah maka terhasillah video Powtoon saya.
Heheheheheheeee..... Thank Dr Wani.. 😊
Di akhir pembelajaran pada
hari ini, saya dapati penggunaan Powtoon bukanlah perkara yang sukar.
Sebenarnya makan kacang lagi susah tau. Sisa-sisa kacang tu kalau tersangkut
digigi perghhh sakit! haha tetiba pula cerita kacang 😅. Any way, banyak benda
lagi yang saya boleh eksplorasi dalam Powtoon ini. Dan banyak perkara yang saya
boleh lakukan dengan Powtoon. Contohnya saya boleh aplikasikan ia dalam bentuk
slide pembentangan, boleh membuat video berkenaan dengan bisnes dan pelbagai
lagi. Kenapa bisnes? Diluar sana, siapa yang terbaca blog saya, in shaa Allah
korang bolehlah buat video bisnes dari Powtoon ni. Alahhh bukan susah pun.
Boleh cek sendirilah ye 🤪..
Dengan senang hati saya letak link youtube untuk cara buat powtoon ye.. 😘
Dengan senang hati saya letak link youtube untuk cara buat powtoon ye.. 😘
Cara menggunakan Powtoon. Basicnye yang ni.
Okay.. selepas anda review cara pembuatan powtoon, kita juga boleh buat powtoon bila kita offline. So, video di bawah ini merupakan video cara membuat powtoon offline.
Saya berpendapat bahawa,
dengan adanya aplikasi ini, pengalaman serta minat seseorang untuk belajar lagi
mendalam. Apatah lagi apabila saya bergelar sebagai pendidik di masa akan
datang. Bolehlah saya buat video dari Powtoon ni kan.. kan.. kan...?
So di bawah ini saya
sertakan video powtoon saya. Bolehlah kenal-kenal serba sedikit tentang diri
saya yang kalut ini. Al maklumlah.... dan saya sediakan kerja powtoon saya selepas saya menggali tentang powtoon ini.
p/s : Video assginment saya yang pertama agak kurang syantik.. dan baru sy upload di youtube. Nampak sedikit kekurangan pada video yang pertama.. but it doesnt mean my 2nd video menarik..
p/s : Video assginment saya yang pertama agak kurang syantik.. dan baru sy upload di youtube. Nampak sedikit kekurangan pada video yang pertama.. but it doesnt mean my 2nd video menarik..
Assignment 1 Powtoon "Me Myself and I"
Experiment "Introduce Myself"
I put the tittle for first video 'experiment' because this is my first video i created in the classroom. kurang menarik.. malu nak share, tapi share je laaaaa... lantak kau murni..
Eksplorasi "Introduce
myself II"
Assignment 2 Powtoon : Nota Pendidikan Seni Visual
Tajuk : 7 Element Of Art
____________________________________
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 4
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 4
"Menghasilkan Google Drawings dan AutoDraw"
02.10.201
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t
Pada permulaan pembelajaran hari ini, pensyarah telah mengarahkan kami untuk menjawab menti.com mengenai apa itu teknologi berdasarkan pada pendapat masing-masing. Seterusnya, pensyarah memulakan kelas dengan menerangkan apa itu google drawings dan autodraw serta menerangkan apa kegunaan serta ciri-ciri yang ada pada autodraw dan juga google drawings. Bolehlah cari mana-mana maklumat mengenai google drawing dan autodraw.
Di bawah ini saya sertakan google drawing saya. Saya melukisnya menggunakan shape segitiga. Amat mudah namun mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan seekor kucing yang berwarna-warni dan berbentuk geometri... Kesabaran perlulah sekuat semampu yang boleh. Kalau tidak kemungkinan besar saya akan bertukar menjadi 'hulk'. yang hijau tuu..
Google Drawing : Kucing bentuk geometri
Selain
itu, saya juga melukis dari google drawing ini dengan cara freehand. Dibawah
merupakan antara karya yang saya buat. Sepanjang melukis menggunakan freehand
ini tidaklah sesukar yang disangka. Umpama minum air mineral je. Kita boleh
lukis apa sahaja bentuk yang kita nak. Saya pilih pemandangan. Lukisan agak
kebudak-budakkan. Tapi saya bersyukur sebab saya belajar benda baru. Thanks Dr
Wani..
Google
Drawing : Pemandangan
Tugasan tambahan yang saya buat.. harap empunya wajah ni tak marah
Di akhir pembelajaran,
saya dapat pelajari penggunaan AutoDraw. AutoDraw ini merupakan penghasilan
yang paling asas. Tapi tetap perlukan bantuan orang yang tahu seperti pensyarah
kami Dr wani. Atau pun bolehlah cek kat uncle youtube kita. Dia tahu je. Banyak
benda yang kita boleh belajar kat youtube tentang AutoDraw dan
Google Drawing ini. Macam biasa, daripada kita biarkan anak buah ke adik kita
ke dari main game baby shark tu, ada baiknya kita ajar mereka melukis
menggunakan AutoDraw dan Google Drawing ini. Idea bijakkan?
Dibawah ini ada beberapa
AutoDraw yang sangat-sangat cantik bagi saya. Bagi saya je lah. Langkah untuk
melukis melalui AutoDraw ini mudah sahaja. Tidak perlu bimbingan sesiapa pun.
Tapi still kena explore juga. Kalau tidak sesat pergi ke bumi sebelah.
Tugasan 1
Tugasan Tambahan
Nota Topik Pembelajaran 👇
👉 Nota Integrating Technology in Art Class
____________________________________
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 5
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 5
"Scratch Primary Lesson 1"
09.10.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t
Sesi pembelajaran
dimulakan dengan penerangan oleh pensyarah mengenai aplikasi yang diberi nama
SCRATCH. Mesti ramai yang tidak tahu apa itu scratch bukan? Scratch merupakan
satu perisian aplikasi untuk memahami jujukan arahan dalam pengaturcaraan.
Scratch juga membolehkan pelajar membina cerita animasi serta permainan
mudah. Wahh bestnya? Ia juga menyokong asas untuk kawalan aturcara ke peranti
berhubung (IoT) seperti Raspberry Pi. Ianya dibina dengan 3 paparan asas. Yang
pertama paparan utama yang memaparkan paparan keseluruhan projek, kedua Sprites
iaitu elemen grafik atau objek yang digunakan dan yang ketiga Editor, ruang
untuk menyunting skrip aturcara, kustumasi grafik dan juga suntingan suara. Dah
tahu tentang scratch ini?
Setelah selesai penerangan
yang disampaikan oleh pensyarah. Kami telah diberi arahan untuk membuat akaun
scratch. Pendaftaran akaun scratch ini boleh diakses menggunakan nickname yang
kita mahukan dan selepas itu akses dengan emel masing-masing. Pensyarah memberi
dua pilihan sama ada menyiapkan tugasan melalui online ataupun offline. Untuk
kerja offline bolehlah dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Time tidur or u do
ur hiking, walking joking dengan segala jenis king-king. Haa ambik kau..
hikhikhikkk.. Dan kerja online hanya boleh disiapkan ketika komputer bersambung
dengan wifi. Kalau kaya and internet laju boleh je kau duduk memanjang guna
wifi. Library kana da. Jom habiskan quota wifi Upsi. Hahahaha.. So..Sepanjang
aktiviti berjalan, pensyarah membimbing kami dengan sepenuhnya walaupun pada
masa itu berlaku sedikit perkara yang tidak diingini. Haha.. hanya kami yang
tahu. 😆
Di bawah ini saya sertakan beberapa tugasan
scratch yang saya telah buat. Scratch yang pertama merupakan tugasan saya yang
pertama untuk bahagian ini. Cara penghasilannya juga agak menarik dan mudah. Dan
di bahagian ini juga pensyarah memberikan perhatian sepenuhnya kepada kami
semua. Sepanjang saya menghasilkan scratch yang bertajuk kucing saya ini. Saya dapatlah
tahu bagaimana kucing saya berdialog walaupun tiada suara. Berdialog sambil
berjalan gitu.. 😂
Secara keseluruhannya, pembelajaran pada hari tersebut sangat membantu saya. Walaupun ada kenangan dan perkara yang lucu terjadi sepanjang saya berada dalam kelas. Namun begitu, saya tetap menyiapkan tugasan yang diberi agar tidak ketinggalan. Selain itu juga, sebelum saya melalut jauh ke jiran bumi sebelah. Baik saya beritahu pasal scratch ni. Aplikasi scratch ini sememangnya sangat-sangat baik untuk kanak-kanak. Kita boleh aplikasikan ia sebagai permainan uji minda, game dan sebagainya. Bukan itu sahaja, scratch ini bukanlah sesuatu yang susah. Hanya dengan tutup mata sahaja kita akan tahu step yang seterusnya. Walaubagaimanapun, jangan takbur... sebabnya kalau bukan tunjuk ajar dari seorang pensyarah yang membawa kita ke alam seni teknologi ini mungkin kita akan berenang-renang di tepi paya. Hahaha 😂😂😂
Pada bahagian tukar backdrop ini, agak menyeronokkan sebabnya saya dapat ekspo banyak lagi benda. Umpama kita menggali emas dilombong emas. Semakin digali semakin menjadi-jadi. Dijadikan sebuah cerita, ketika saya menghasilkan scratch ini saya menjadikan youtube sebagai sumber rujukan saya. Namun begitu, apa yang saya dapat di youtube tidaklah 100% sama. Terdapat perbezaan di bahagian 'control'. Di mana saya perlu mencarinya sendiri. Dengan ilmu yang diberikan oleh pensyarah maka dapatlah sel-sel otak ini berhubung kembali. Alhamdulillah.
☺
Tugasan tambahan ini sebenarnya saya lakukan
untuk anak buah saya. Haa Nampak tak betapa menariknya dalam menghasilkan
scratch ini. Kita bukan sahaja dapat ilmu malah kita dapat menggembirakan si
kecil anda. Walaubagaimanapun, sepanjang saya menghasilkan tugasan tambahan
ini, saya mengharapkan kucing tersebut dapat lompat dan turun kembali. Tapi
malangnya dia lompat tak turun-turun. So, sebelum saya masukkan ke dalam entri
saya, saya ada repair sedikit scratch kucing saya ni agar dia turun dari
lompatannya itu.
____________________________________
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 6
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 6
"Scratch Primary Lesson 2"
16.10.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
REFLEKSI PENGAJARAN 🤪🤪
Assalamualaikum w.b.t
Sesi pembelajaran seterus
diteruskan dengan aktiviti yang sangat-sangat menarik. Beberapa bulan yang lalu
saya ada terfikir untuk hasilkan game untuk anak-anak saudara saya. Tapi tidak
sangka saya betul-betul akan menghasilkannya. Kebetulan bukan? Terima kasih
kepada pensyarah saya Dr Wani atas tunjuk ajar beliau. Sebelum saya melalut
hingga ke laut saya ingin memberitahu bahawa aktiviti yang dijalankan ketika
berada dalam kelas ialah menghasilkan satu game yang diberi nama “ikan jerung”.
Segala penerangan yang diberikan dalam kelas sebelum ini saya cuba untuk
menghasilkan sebuah game pula. Menarik bukan? 😄
Walaubagaimanapun, tunjuk
ajar dari seorang pensyarah tetap diperlukan. Kalau tak shark saya tu akan
keluar dari komputer. Hahaha... pensyarah menerangkan serba ‘sebanyak’ jalan
untuk menghasilkan game tersebut. Seperti biasa, walaupun ada perkara yang
membuatkan saya sukar untuk melakukan kerja-kerja sepanjang pembelajaran tapi
saya tetap melakukan kerja tersebut walaupun terdapat moment yang tidak
diingini berlaku. Apa-apa pun yang penting kelas berada dalam suasana gembira
dan tidak memberi tekanan. Alhamdulillah.. Thanks Dr Wani ❤
Dan yang terakhir,
pembelajaran pada hari tersebut telah memberi saya satu ilmu bagaimana untuk
menghasilkan game. Bolehlah saya cipta satu game untuk anak-anak buah saya.
Better than playing something nothing. Dan ilmu yang ada ini juga
boleh saya praktikkan untuk kegunaan masa akan datang. In shaa Allah. Thanks Dr
Wani 💕
____________________________________
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 7
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 7
"Prezi and padlet"
23.10.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t 😇
Seterusnya sesi
pembelajaran pada hari ini diteruskan dengan topik pembelajaran yang baru mengenai
bagaimana untuk menghasilkan prezi dan juga penggunaan padlet dalam penghasilan
sesuatu kerja. Seperti biasa, pensyarah akan menerangkan serba sedikit maklumat
mengenai tajuk topik tersebut. Dan pada kali ini, pensyarah akan memberi laluan
kepada kami untuk mengeksplorasi prezi ini.
Inilah prezi saye
Mari saya terangkan apa
itu prezi. 🤔 Prezi adalah merupakan satu Aplikasi presentation atau pembentangan
yang digunakan secara online. Ia adalah sama seperti power point namun prezi
mempunyai kelebihan yang tersendiri. oleh itu perbezaan aplikasi prezi dan
power point adalah prezi mempunyai templet yang banyak serta menarik, ia juga
mempunyai banyak pilihan dari segi persembahan tulisan, kesan zoom out
presentation, serta kesan warna background yang menarik mengikut templet yang
dipilih😮. Manakala power point pula, merupakan program persembahan yang kini
dibangunkan oleh Microsoft, untuk digunakan pada kedua-dua sistem operasi
Microsoft Windows dan Apple Macintosh. PowerPoint, pada mulanya dinamakan
"Presenter", telah dicipta oleh Forethought Inc. Versi Microsoft
PowerPoint telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei 1990, sebagai sebahagian
daripada suite Microsoft Office. PowerPoint berguna untuk membantu membangunkan
format persembahan berdasarkan slaid dan pada masa ini adalah salah satu
program persembahan berdasarkan slaid yang paling biasa digunakan boleh
didapati. Microsoft juga telah mengeluarkan aplikasi PowerPoint untuk digunakan
pada sistem operasi mudah alih Apple dan Android.
Menarik?? Pensyarah telah mengarahkan kami untuk menghasilkan satu presentation mengenai topik kraf tradisioanl menggunakan prezi berdasarkan ilmu yang telah diberi. Sepanjang aktiviti, pensyarah membimbing secara langsung dan kami berjaya menghasilkan prezi tersebut dengan jayanya. Walaupun agak lambat saya menyiapkan kerja-kerja tersebut dek kerana komputer tidak dapat akses prezi tapi akhirnya dengan ketekunan (puji diri sendiri) dan semangat yang ada saya cuba dan terus cuba. Thanks Dr wani atas bimbingan yang diberikan 😊. Pada masa itulah saya berusaha untuk menyiapkan prezi saya walaupun saya tertinggal 1 abad. Hahaha.. Seterusnya, bagi aktiviti penghasilan padlet berdasarkan topik reka bentuk melalui idea masing-masing.
Di akhir pembelajaran ini
sudah semestinya saya keluar dari kelas dengan ilmu yang telah dimuatkan dalam
otak ini. Saya mengetahui bagaimana menghasilkan pembentangan menggunakan prezi
dengan baik dan menarik. Selain itu, saya juga tahu bagaimana menggubakan
padlet dalam menghasilkan nota. Thank you.. babai...
Boleh cek bawah ini untuk lihat Prezi saya yang tidak seberapa
____________________________________
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 8
"Prezi and padlet"
30.10.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t 😍
Proses pembelajaran kali ini adalah berkaitan dengan padlet... sebelum ini saya sudah terangkan apa itu padlet.. 😺 So, pada kali ini Dr Wani terangkan pada kami kembali sedikit sebanyak tentang padlet sewaktu berada dalam kelas.. sebelum ini dia sudah terangkan .. 👍🏻 tapi, memandangkan studentnya ini cerdik pandai, maka Dr Wani terangkan kembali... 😽
First of all, pensyarah telah mengarahkan kami semua untuk sign in to padlet memasing.. macam biasalah.. tanpa sign in tak akan kemana-manalah kita..
Selepas itu, sign in punya sign in kami pun start our learning activity.. pensyarah juga ada menerangkan sebanyak mungkin (ayat power 💥) bagaimana untuk share padlet kepada rakan-rakan yang lain. Bak kata pepatah dari asyarahmurni “sharing is caring” (curi ayat org) ☠
Sepanjang pembelajaran, pensyarah membimbing kami bagaikan menatang minyak dalam botol .. 😬 betulkah pepatah tu? 🤓.. haha... tajuk padlet yang diarahkan
bertajuk “bidang reka bentuk”. Bimbingan secara langsung membuatkan kami mudah menyelesaikan masalah yang kami hadapi. Di dalam aktiviti ini saya menghasilkan padlet yang bertajuk “Reka Bentuk dan Teknologi”.. Secara jujurnya, saya pilih tajuk ini sebab hanya ini tajuk yang tinggal.. or maybe Iam pretty enough stupid.. hahhaa.. 🤪 tapi.... haa tapi, setiap yang berlaku ada hikmahnya, walaupun saya tidak berminat dengan tajuk ini, tapi saya pelajari sesuatu, ilmu yang sangat-sangat berguna. Mungkin kalau saya pilih tajuk yang saya minat mungkin tajuk tu saya dah faham dan tahu, so no challenging for me. So i try to search another topic.. and i found this Reka Bentuk dan Teknologi 😚😋.. kami pun copy and paste, but i still read the information of topic I use to do okay..
Jadinya, diakhir pembelajaran penghasilan padlet ini saya dapat belajar isi kandungan padlet.. agak susah pada mulanya, tapi kena explor lebih banyak lagi.. jujur saya cakap, dalam kelas memang blur.. tapi once u get ur laptop when u are alone sitting, eating and lie down inside your room, banyak benda yang korang akan nampak dalam padlet ini.. bak kata pepatah ‘sel-sel otak mula berhubung’.
Okay. What will I get in a learning of padlet? (Grammar betulkan hehe) apa yang saya dapat dalam pembelajaran padlet.. saya dapat menghasilkan nota dengan cara yang mudah dan kemas. Lagi satu, padlet ini free tau.. tak perlu bayar pun.. so apa lagi, grab your chance lah!! 😉
Di bawah topik ini ada penghasilan padlet saya. Maafkan saya sekiranya terdapat kekurangan. dengan senang hati, anda bolehlah tambahkan info-info di dalam sana. Saya akhiri penulisan saya dengan zikir ٱلْـحَـمْـدُ للهِ...

KELAS MINGGU 9
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 9
"WORDPRESS"
13.11.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
REFLEKSI PENGAJARAN
wordpress sayeee
Hola chicos... assalamualaikum.. inilah penghasilan wordpress saya.. saya masih lagi dalam proses untuk mengekspola banyak benda memandangkan in shaa Allah di masa akan datang saya bercadang untuk pot pet pot pet dalam laman wordpress saya..
Saya tertanya-tanya, apa itu wordpress?
Pertanyaan yang baik! Wordpress ialah sebuah aplikasi dalam bahasa ibunda saya ialah open source yang sangat popular diguna oleh seluruh pengguna Blog di dunia. Wordpress ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa progam PHP dan Basicdata (DAtabase) MySQL. PHP dan My SQL ini merupakan open source software. Penggunaan wordpress ini bukan hanya tertumpu kepada penghasilan blog, namun ianya turut digunakan sebagai sebuah CMS (Content Management System). CMS (Content Management System) adalah aplikasi web yang berisikan template untuk mengelola isi halaman web. Tujuannya ialah bagi memberi kemudahan kepada pengguna agar dapat membahagikan dan mengelola informasi. Dengan itu, penulis dapat mengubah ataupun customize design wordpress masing-masing sama ada dari segi warna, huruf, gambar (header image) dan lain-lain.
Amacam, ok tak penerangan saya? kopi n pasta jee~
mengingat kembali zaman kelas Dr wani pada minggu ke 10. Banyak benda yang saya pelajari sebagai contoh, bagaimana untuk mengubah tema pada background, cara untuk ubah design, bagaimana untuk memaparkan calender dan sebagainya. Fuhhhh taip-taip jadi lenguh pula jari ni.. apapun.... yang selebihnya, kami gali sendiri, hasil daripada galian itu saya jumpa banyak lombong ilmu. Bak kata pepatah dari saya, "hendak berjaya gali sendiri dengan usaha sendiri, jangan bergantung sepenuhnya pada orang lain".
Wordpress free atau dikenakan bayaran?
Satu pertanyaan untuk diri sendiri. mengikut apa yang saya faham... aapa yang saya faham? sudah jadi adat ye, setiap perkara tu tak semua free.. puasa kena bayar.. makan di restoran kena bayar.. masuk tandas di kedai mamak kena bayar.. naik twin tower kena bayar.. hari tu best jugak pegi naik twin tower, bayaran yang dikenakan rm 25 shaja, sebab ada promosi.. lepas tuuu bila di atas ada skop yang kita boleh teropong orang dari jarak jauh. ok memandangkan cerita saya ni menyimpang ke simpang 4, so kembali ke pangkal jalan.. wordpress kita bebas guna secara percuma.. namun, ada beberapa pakej seperti meletakkan muzik dan mengubah tema yang tertentu akan dikenakan bayaran. Kalau saya, saya akan guna yang free.. adat manusia sukakan benda yang free.. heheheeee~ korang2 semua bolehlah guna wordpress ni.. boleh membawang dalam wordpress nanti.. kidding....

KELAS MINGGU 10
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 10
"Cuti Maulidurrasul"
20.11.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
REFLEKSI...
Kite cuti masa ni...
Kite cuti masa ni...
____________________________________
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 11
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 11
"QR CODE"
27.11.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
Refleksi pada minggu ini ialah, kami-kami semua ini belajar cara buat qr code.. saya suka sangat part ni sebab benda sangat mudah..
Apa itu QR CODE?
QR CODE dalam bahasa ibunda saya ialah Quick Response Code yang dicipta pada tahun 1994 untuk industri automotif Jepun. Tapi zaman sekarang yang penuh dengan kecanggihan, QR CODE digunakan untuk pelbagai perkara, sebagai contoh digunakan pada sticker makanan, untuk scan akaun ig dan sebagainya. apa-apa benda kita boleh gunakan QR CODE ini.
Apakah aplikasi untuk menghasilkan QR CODE?
ok, korang semua boleh klik laman ni.. https://www.qr-code-generator.com/ dan https://www.qrcode-monkey.com/
Bagaimana untuk menghasilkan QR CODE?
Klik URL video yang korang suka dan copy.. pastu pegi ke laman qr code and paste sahaja, nanti step yang seterusnya korang akan automatik bijak seperti saya.. kiddinggg~..
Perkara yang saya pelajari ialah bagaimana menghasilkan QR CODE. Dan sebenarnya, dengan adanya QR CODE ini akan memudahkan lagi langkah kita, if ada temuduga nanti, bolehlah minta kat penemuduga untuk scan QR CODE kita, semua info tentang kita make sure ada dalam QR CODE. so tak perlu bawa fail-fail untuk datang ke pusat interview. Thanks Dr wani.. saya enjoy sangat dengan kelas Dr...
Dibawah ni, contoh-contoh QR CODE yang saya buat., menggunakan qr code dari https://www.qrcode-monkey.com/
Jungle Style
Ninja Style
____________________________________
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 12
"ANIMATION PS"
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 12
"ANIMATION PS"
4.12.2018
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih. Alhamdulillah Allah masih lagi bagi nafas untuk terus mencari cinta illahi. pada minggu 12, saya tak hadir kelas memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, saya tetap juga struggle pada masa tu untuk cari info-info yang berkaitan. Thanks Dr Wani kerana sudi bantu saya walaupun hanya beberapa minit sahaja tapi ilmu yang diberi sangat berguna. Macam biasa, animation ps pernah buat sebelum ni. cuma yang saya belajar pada zaman tersebut ialah cara untuk menggerakkan gambar. Dan yang saya pelajari sekarang ini ialah cara untuk menggerak tulisan. untuk menghasilkan pergerakan tersebut caranya sama sahaja seperti yang pernah saya pelajari sebelum ini. So tak lah susah sangat.. act sikitttt.. haha
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
Apa yang perlu saya lakukan ialah eksplo dan terus eksplo.. Dibawah ni adalah hasil kerja yang saya buat kurang sejam, saya buat dari aplikasi photoshop cs6.. paling penting ialah rancang perkara yang hendak kita buat..
Tak susah, mudah dan sangat2 enjoy.. tujuan untuk menghasilkan animasi tulisan ini ialah...... untuk kami letakkan di laman wordpress.. biar cantik dan menawan..
Inilah hasilnye.. size 1440x221 Pixel
Selepas dah pandai buat, saja nak buat untuk suka-suka
____________________________________
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 13
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 13
"Take a Rest"
11.12.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
Syukur .. time ni kelas takde.. so saya habiskan masa untuk membuat video.. memandangkan saya kekurangan idea so saya hanya dapat hasilakn 5 idea.. 2 lagi hasil kerja saya dah by mistake saya terbuang sebab rupanya macam sampah pada ketika itu,.. sebab namanya kolaj, so sekeliling saya agak banyak benda-benda yang digunting dan berupa sampah.. sangat menyedihkan.. huhu~
Teknik Kolaj+Acrylic
Teknik Kolaj (Basahkan Kertas dan Carik-carik kertas pastu tampal dengan gam)
Teknik Tampalan
____________________________________
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 14
-------------------------------------------------------
KELAS MINGGU 14
"QR CODE PRESENTATION"
18.12.2018
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
ALHAMDULILLAH.. SUBHANALLAH, Syukur keHadrat illahi, dengan izinnya, segala perkara berjalan dengan lancar.
Ini adalah hari pembentangan kami.. saya orang ke2 yang membentang.. hehehe
Pembentang QR CODE. Saya buat video secara Individu
Muka-muka monyok dan tidak bermaya sambil kelaparan
Alhamdulillah, rezeki tidak pernah salah alamat. Terima kasih Dr Wani...
Muka saya selepas makan.. Ini adalah hasil kerja saya
Untuk minggu ini, tamatlah kelas seni dan teknologi yang di pegang oleh Dr Wani..Kali ini 11 ketul pelajar masing-masing membentang hasil QR CODE. Ada yang berkumpulan dan ada yang sorang2... kalau saya, saya pilih untuk buat secara individu sebab sy suka kumpul koleksi hasil buatan tangan saya, nanti boleh simpan dan jadikan kenagan.. Lagi satu, macam biasa.. saya enjoy dengan kerja dari hasil saya..
Dalam banyak-banyak kerja sebelum ni, buat video dan QR CODE paling mudah. mungkin sebab saya biasa dengan kerja-kerja mengedit video kot. Lagipun kerja-kerja edit video bukanlah sesusah yang disangka..
Macam biasa, cakap saja memang tidak bawa apa-apa faedahkan? kena ada buktinya. So saya ada 8 QR CODE yang saya hasilkan asli dari saya. Bolehlah intai-intai video yang saya hasilkan..
Brush Technique
Bubble Painting Technique
Cotton SwabsTechnique
Plastic Wrap Technique
Splash Brush Technique
Spray Technique
Roller Paper Technique
Cop Technique
Khas untuk Dr..

No comments:
Post a Comment